Wednesday, 26 March 2014
Saturday, 22 March 2014
Penantian Sudah Berakhir
Assalamualaikum,
akhirnya...penantianku selama 3 bulan demi keputusan SPM telah berakhir semalam.
Alhamdulillah,walaupun aku
kurang cemerlang,dengan hanya 4A(campur2 jenis),dan ada D,tapi aku
reda.Sebab,aku memang dapat rasa yang keputusan peperiksaan kali ni tak akan
dapat segempak peperiksaan UPSR dan PMR aku.
Zaman kegemilangan kau dah berakhir kut,Mar?
Mungkin...
Na....mana ada,ni cuma asam garam kehidupan...
Tapi,biar aku berkongsi pengalaman dan kegentaran hati aku sebelum slip keputusan tu berada di tangan.
Aku kesekolah awal kerana kawan-kawan sekelas aku mengadakan tahlil dan doa selamat buat sahabat kami,Hidayah.Alhamdulillah...selepas beberapa bulan tak bersua muka,aku bertemu kembali dengan kawan-kawan aku. Rindu terubat,fuyoooo...Tapi,jauh di sudut hati,aku rasa kekosongan kerana seorang sahabat aku telah kembali kepada pencipta-Nya. Aku yakin,kawan-kawan aku yang lain turut merasai perkara yang sama.
Memang haru bila dapat jumpa budak-budak ni.Rindu giler dengan mereka.Masing-masing tak banyak beza,mungkin sebab baru tak jumpa selama 3 bulan,aku tak dapat bayangkan kalau kami akan bertemu lagi selepas beberapa tahun.Kali ni,mesti mereka berubah totally...
Aku skip cerita...
Hati ni yang memang dah sedia DUNG GEDANG DUNG GEDANG makin dipalu bila menyedari yang guru kelas aku sedang memegang slip keputusan.OK...waktunya dah tiba...(gigil ni...)
Dan,di kesempatan ini,aku nak ucapkan ribuan tahniah kepada Atul,Pipah,Kina,Janna,Zira dan Athira sebab dapat straight A dalam SPM.Si Atul lagi gila, 11 A+ kau!Sampaikan surat khabar Metro datang buat liputan.Dan...hari ni,terpampang muka aku dalam surat khabar tu...(INTERFRAME)
Hati sekali lagi dipagut kesayuan bila keputusan Hidayah diumumkan...
Dia dapat 3A ,7 B dan 1
C...
Mengalir air mata aku bila
teringatkan kata -kata dia pada aku dulu...
"Wei Mar,aku tak tahulah macam mana result aku nanti...Entah-entah teruk...Kau mesti bagus punya..."
"Kau ni,janganlah
fikir macam tu...Kau boleh Dayah..."
Sebenarnya,panjang lagi
perbualan aku dengan dia ,tapi aku tak nak tumpah balik...
Dayah....Kau dah berjaya...kau dapat 3 A dengan 7 B,tabik dengan kau....
"Nanti bila hari result keluar,lepas ambil keputusan kita keluar gi makan,nak!"Ajak aku kepada kawan-kawanku bila bercerita mengenai hari keputusan,waktu sekolah dulu...
"Boleh je...Jom!"kata kawan-kawanku yang lain...
"Habis,kalau yang tak
dapat baik sangat nanti..."kata Dayah...
"Alah...tu tak payah
fikir..."HUHu
Kelakar bila fikirkan keputusan aku dengan kawan-kawan aku,kami macam buat tangga!Dari 3 Asampai 11 A.Huhu...
Yang pasti,aku fokus pada masa depan,benda dah jadi tak boleh undur,aku sedar dalam 2 tahun ni,aku banyak leka dan tak berapa fokus pada pelajaran.Itu.Dulu.
Aku dah mulakan hidup baharu...dengan citacita baharu...serta keazaman baharu...
Hidup sebenar kau baru je
nak mula,Mar...
oh...by the way...
congratulations to my
ex-crush,6A...
Bye....jumpa lagi dalam tinta terbaru aku,di Santuary Resort,cherating,Pahang.
sempena Minggu Penulis
Remaja 2014...
impian aku jadi kenyataan...alhamdulillah...
till then,secret unfold...
21-3-2014,jumaat
Pengalaman Ngeri
Assalamualaikum.....
Aku sebenarnya sedang mengejar masa untuk ke kursus.Tapi,sebab nak berkongsi cerita punya pasal,aku gagahkan diri untuk menulis entri ni.
Baru-baru ni,ada seorang mamat hantar message melalui fb.Katanya nak berkenalan dengan aku.Aku pun terus check fb dia sebab dia ni bukan kawan aku.Tapi,dia ada bagi comment dalam satu gambar aku.
Tengok fb dia,erm...bolehlah orangnya...jadi,aku balas mesej dia dengan menghantar ikon smiley.
Beberapa kali,berhai
bagai...dia mula masuk jarum...
Katanya,dia nak berkawan dengan aku.Senang cerita nak usharlah.Dan pastinya,lelaki...dia gerenti akan puji memuji punya kan.Tapi,aku bukan orang yang senang makan pujian,balas chat dia pun sekadar nak hilangkan bosan je.
Sehinggalah suatu hari...
Aku berkata dengan dia,"Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak..."
Mengejutkan dan menyentapkan
bila mamat tu balas macam ni!
"Sebenarnya...saya
b****i dengan awak...Saya cakap tulus dari hati.."
Kau Dah Gile Ape?????!!!!!
Dia kata jangan
marah,sebab memang itu yang dirasakan nya...
Lama juga aku ambil masa nak balas chat dia.Dan balasan ni pun yang terakhir,kurang ajar mamat tu!
Dalam tulisan caps
lock,aku marah dia...
"KALAU NAK BERKAWAN TU,BUAT CARA NAK BERKAWAN...MINTA MAAF,SAYA TAK KENAL AWAK.!"
Terus,aku unfriend dia,and block!Puas Hati aku!
Pengajaran daripada pengalaman aku ni...
Berkawan tu kena beringat...Lagilah yang baru nak kenal macam tu.
Fobia sekejap aku....
Lebihbaik kau chat dengan
kawan yang sah kau kenal kat dunia sebenar,daripada nak berkenalan bagai kat
media sosial.
Lagipun,kalau aku report
polis,gerenti mamat tu masu balai punya,macam apa yang ditilis oleh Kamal
Efendi,penganalisis jenayah,dalam kolum dia di BH jumaat lalu...Tabik-tabik
cakap....
Aku nak lupakan perkara ni...
Till then,
secter unfold,15-3-sabtu
Daki Gunung!
Assalamualaikum....
Penatnya....kaki ni macam dah nak tanggal pun ade.
Semua ni berpunca daripada aktiviti kursus aku hari ni...
Daki Gunung Lambak,Kluang!
Serius,ni pertama kali aku daki gunung .(tapi pernah je daki bukit
depan rumah atuk aku)Jadi...selalunya benda pertama kali cuba ni kita akan rasa
teruja.Excited overdosed.Tapi,tak juga...
Aku masih boleh mengawal rasa keterujaan dalam diri ni,(walaupun
aku lah yang sibuk bertanya pada urusetia jadi ke tidak program ni?)
Ok,kita mulakan cerita,pengalaman aku mendaki gunung.
Pagi tadi,macam biasa...berkumpul di Bangunan kursus untuk
perhimpunan pagi,selepas sesi briefing sekejap,kami semua diarahkan untuk
bergerak menggunakan pengangkutan masing-masing ke lokasi,Which is Gunung
Lambak.
Seronok pula bila berkonvoi dengan budak-budak motor yang
lain,although aku sekadar penumpang belakang,kawan aku yag bawa skuter tu.
Sampai je di kawasan parking ,aku dapat melihat sekumpulan warga
cina sedang menari serentak sambil diiringi muzik.Best gak...aku rasa macam
dekat Pasar Karat,JB.
Kemudian,warming up.It is the most important thing to do before
doing any physical activity.Then,mulakan perjalanan anda dengan Bismillah...
Budak lelaki yang over excited boleh pula main kejar-kejar waktu
nak naik bukit menuju gunung.Aku dan kawan-kawan aku hampir je jadi saksi kes
jatuh gaung.Pakal budak tu sempat ambil brek kecemasan.Haloh...
Bila lalu jambatan gantung pula,budak lelaki kursus elektrik pakat
main enjut-enjut jambatan tu macam main buaian di taman permainan.Hilang
sekejap semangat aku.
Tapi,aku kuatkan semangat.
Kata nak sangat masuk PLKN kan...tak dapat buat aktiviti macam ni
trill juga.! ;)
Pada permulaannya,perjalanan tak tricky sangat...Tapi,lama
kelamaan,dah kata daki gunung kan...makin susah dengan laluan yang curam
ditambah dengan akar pokok yang berselirat.Tapi,akar pokok tu membantu proses
pendakian.
Aku mendaki sambil ditemani oleh 2 orang kawan aku .Atiqa dan
Wanie.dah macam nama air pula...A&W (hhe)
Yelah...kalau yang ada pasangan tu,tak kiralah yang couple
ke,scandal ke,TTM ke (teman tapi mesra) dah tentu tak lepas berdua je kan.
Punyalah daki...akhirnya sampai juga ku di...
PERTENGAHAN GUNUNG LAMBAK...
La...Ingatkan dah sampai puncak!
Brek sekejap di situ sambil menunggu mana-mana kumpulan yang masih
belum sampai tengah.
Agak-agak dah cukup tu,kami teruskan lagi perjalanan menuju
puncak.
Menuju puncak,gemilang cahaya..Siapa tahu ni lagu apa?(selingan)
Route kali ni,lagi mencabar...gila mencabar...Air 100 + aku
dah habis,huhu tambah lagi dengan kaki yang mulalah nak cramp bagai.Hu...naya
je cramp tengah-tengah hutan.Aku tetap bergerak,sebab aku tahu kalau aku
berhenti kaki aku akan makin sakit.
Aku main langkah-langkah,lalu akar sana,sini,kasut masuk tanah,and
macam-macam lagi.
Penat...aku rehat sekejap dengan kawan-kawan aku yang dua orang
tadi.Nasib baik si wanie ada bawa air 100+,boleh lah cas tenaga
aku.Lama-kelamaan,kami telah bertemu kembali dengan kawan-kawan yang
lain.Hehe,akhirnya...dapat potong dia orang.
Baju,jangan cakaplah...memang dah lencun.Dengan beg segala,sambil
earphone tergantung di telinga,dengan tangan kesat peluh muka.Hah...bergaya tak
aku?
Aku hampir putus asa...tapi kata -kata ni yang buat aku
bersemangat untuk habiskan ke puncak.
Aku nak buktikan yang aku boleh.Dan aku kena habiskan semua kerja
yang aku buat dengan baik.Tambahan pula,bukan Mar kalau aku cepat mengalah.
'Sebab...apa yang aku nak ,mesti aku dapatkan,dengan izin
Allah!!!!'
Kalau kawan aku tanya,"Mar...kau ok?"
Aku akan balas,"Kalau tak ok pun kena cakap ok,semangatkan
diri tu."
Dan..selepas hampir sejam kami mendaki...Alhamdulillah...kami
sampai ke puncak Gunung Lambak!
Kepuasannya memang terasa,usaha aku berbaloi!
Dapatlah aku melihat panorama sekitar kluang.
Paling best,aku ,Wanie dan Atiqa antara 15 budak terawal sampai
!Bangga sungguh!(kembang hidung)
Lama-kelamaan,makin ramai budak lain yang sampai.Sesi fotografi
sambil berehat mengambil alih ruang.
Agak-agak dah ok..aku duduk bersila.
Malangnya....masa dipanggil untuk bergambar beramai-ramai.aku tak
boleh gerak.kaki cramp balik!Menjerit sekejap aku kat puncak tu..Dua-dua kaki
pula tu!
sakit dia...fuh...pakal ada cik senior tolong.itu pun masih rasa
sakit dia.Tapi...
aku ni pelik sikit...kalau sakit still boleh gelak bagai,jadi
perlakuan aku mengundang keanehan kepada budak-budak lain.Itu,memang aku.
Masa aku bergelut nak bangun tu,aku suruh budak-budak lain pergi
ambil gambar dulu."Tak pe...korang jangan risaukan aku.Pergi
dulu2..."arahku pada mereka.
Dan ayat kawan lelaki aku ni buat aku tersentuh...
"Tak...kalau seorang sakit,semua budak TSK pun
sakit"Huhu...
aku makin sayang dengan budak kursus aku.
Tapi,memang pun kami satu kursus memang ngam giler,rapat sangat
walaupun masing-masing baharu je kenal bulan 1 haritu.Aku tak dapat gambarkan
waktu perpisahan kami,bulan 6 nanti.
Teruskan perjalanan turun pula,pada mulanya kami agak awal
turun,tapi kerana kasihan dengan seorang kawan aku yang hanya keseorangan
perempuan diapit 2 lelaki kat belakang,kami saing dia.
Turun lagi haru!!!!!
Betul kata orang,daki lagi senang dari turun.Kali ni,aku saing
dengan lebih ramai budak kursus.Kak Aida...kesian dia.Bukan main payah nak
turun.Dia kerap tergelincir sampai dah gigil satu badan.Hah..ni aku nak bagi
pujian pada ketua pelatih merangkap budak kursus aku,Zul.Dia menjalankan
tanggungjawab dia dengan baik sekali.Sebab dia banyak tolong kak
Aida...dan yang bagusnya dia tu...dia tak pegang perempuan sesuka hati je.Dia
pegang pun area pergelangan tangan yang berlapik baju.Dah darurat sangat,baru
dia korbankan prinsip dia.
Yang aku ta tahan dengan Wanie dan Atiqa,Atiqa..dah jauh ke depan
dah.Wanie...gaya dia macam lah gunung lambak tu rumah dia.Selamba derk je main
lompat-lompat.Kata baru pertama kali naik.APTB...
Sebab aku dalam kumpulan terakhir turun,adalah cikgu yang jadi
pengiring...Hai cikgu...apasallah kau hensem sangat hari ni.Cikgu kursus aku
memang hemsem,tapi hari ni dia giler...hensem sebab pakai spek.
Majoroti perempuan mengiakan kenyataan itu.Hai...pakal cikgu dah
khawin...He...dia sempat bergurau dengan kita orang...Siap gelk-gelak lagi
Air yang aku bawa...habis bila diedarkan pada budak-budak
ni...Masing-masing haus,tapi aku terbalik pula...
Boleh perut ni berbunyi ...kuat pula tu...yelah...sarapan aku
setakat roti 70 sen je.Waktu tu pun,jam dah pukul 12 lebih.Standart lah kalau
lapar...Tapi,malulah juga tang perut bunyi tu...
Dipendekkan cerita,kami akhirnya sampai juga ke tempat
asal...Yahu....
Sampai je,tengok dah tak ramai budak di situ,masing-masing pecut
balik rumah.Aku pula...balik rumah kak Aishah...berehat di sana.
yang pasti...aku puas...tapi,kalau nakbuat lagi program ni,aku
akan fikir dulu 2/3 kali sebelum involve.Biar hilang dulu segala rasa penat dan
cabaran tu...
till then,
secret unfold,12-3-2014=rabu
Pengalaman Mendaki Gunung
Assalamualaikum....
Sebenarnya,tinta ni aku
dah tulis daripada semalam lagi,tapi yelah...bekerja dengan mesin ni memerlukan
ketelitian dan dayatumpuan yang tinggi serta sikap berhati-hati.Padah salah
click,terus hilang satu karangan SPM aku.HUHU
Jadi,aku nak bercerita pasal semalam dalam bentuk ringkasan jelah.Fobia punya pasal.
Aku berjaya mendaki gunung di kawasan rekreasi berdekatan rumah aku,hingga ke puncaknya!
Tinggi,memang
tinggi.Tapi,berbekalkan semangat juang dan usaha yang tak putus,aku dan
kawan-kawan aku berjaya sampai ke puncak.Pertama kali mendaki,dah ke puncak.Itu
satu pencapaian yang bagus!
Banyak kenangan manis dan haru sepanjang mendaki ,berada di puncak dan menuruni gunung tu.Aku belajar erti persahabatan,kerjasama,tolong-menolong,tanggungjawab dan pelbagai lagi.
Kepada kawan-kawan aku yang setia dengan aku sepanjang perjalanan,thanks sooooo much.
Kepada budak kursus
aku,terima kasih sebab buat aku rasa macam korang ni family aku.
"Kalau kau
sakit,semua TSK rasa sakitnya..."ayat kawan lelaki aku ketika aku menyuruh
dia orang gerak dahulu untuk sesi bergambar,sedangkan aku sedang bergelut
melawan cramp di puncak gunung.
terima kasih...and,oh!By the way....result 20 hb ni...seriau de...!Tolong doakan aku ye...
and one more thing,kursus
aku tu...kena buat preparation daripada sekarang.Jumaat dean dah nak gerak.
till then,
secret unfold,13-3 khamis
p/s:M tegur aku
tadi...hehe"kasih diterima..."
rutin dahulu,bermula kembali!
Assalamualaikum....
Hah!jawab,jangan tak jawab!
Hari ini,aku telah melakukan satu perkara yang ketika dahulu
sering aku lakukan,
apakah ia?
Jeng(3x) bunyi sikit....
Aku berniaga dari satu kelas ke satu kelas. (Ek,eleh....ingatkan
ape yang gempak sangat tadi...)
Ok...memang cerita aku ni tak gempak mane tapi,ia mengigatkan aku
pada kenangan sewaktu alam persekolahan,terutamanya ketika bergelar Lagenda
Budak Hostel...
Tolong kawan aku,cik As berniaga kerepek ,merantau daripada satu
prep ke prep yang lain,dorm ke dorm lain.Tidak pun,kami buat jualan langsung di
surau aspuri.
Alhamdulillah...jualan selalunya laku.Tambahan pula,dengan status
aku sebagai budak senior dan agak dikenali di asrama,memudahkan urusan
perniagaan aku.
Itu semua ,kenangan...
Hari ni,ada seorang akak kursus aku minta tolong jualkan barang
dia.Berbekalkan pengalaman yang ada,aku offer diri menolong.
Masuk kelas yang majoritinya perempuan,aku tak berapa kisah
sangat...ok...
Masuk kelas yang majoritinya lelaki,ni aku cuak sikit.
Tapi...bukan Mar kalau aku takut !*penuh keyakinan
Alhamdulillah...walaupun tak berapa nak laku di situ,(sebab kelas
tu memang terkenal dengan sikap berkira nya)aku dapatlah tambah lagi keyakinan
aku di depan khalayak.
Malangnya...aku tak dapat apa2 pun daripada hasil jualan
tadi,Faham yang jualannya tu bukannya banyak sangat,tapi,ia membuatkan aku
terfikir akan satu perkara:
'Mar,kau tu asyik tolong orang berniaga je,bila kau pula yang
nak berniaga?Tak kan kau cuma nak harapkan komisen yang setakat berapa puluh
sen tu je kot?'
Aku akan fikirkan perkara ni,betul juga...Tak kan aku cuma nak
menolong orang dan hanya jadi pemerhati keuntungan orang.Bukan nak kata yang
aku ni tamak atau mata duitan,tak!
Tapi...
Kan Rasuluah sendiri dah cakap,pintu rezeki kat dunia ni adalah
melalui perniagaan.Walau sekecil atau sebesar mana perniagaan tu,pasti ia akan
membawa pulangan yang berbaloi buat peniaganya...
Dan pastinya,bila nak berniaga ni,kena tahu selok- belok dan
tektik dalam bidang tu.Tu,penting bagi mengelakkan aku daripada ditipu atau
mengalami kerugian yang banyak.
Amacam,Mar?Ready?....
till then,
secret unfold
11-3,selasa
p/s:esok aku akan memanjat gunung,first time baby!
KARYA DAH TERBIT@MAJALAH SEKOLAH
ASSALAMUALAIKUM....
nak cerita apa ya hari ni? macam tak tahu pula nak cerita
apa.Oklah,aku cerita pasal apa yang aku dah lalui pada harinilah,boleh?
Hari ni,aku dan keluarga serta beberapa orang kawan abah telah
pergi ke majlis perkahwinan kawan abah di satu daerah di Johor.Kami buat konvoi
disertai oleh 4 buah kereta.
Ya....perjalanan tu kira biasa je,ditambah dengan tabiat aku yang
pantang duduk dalam kereta,pasti terlena.
Ni nak cerita benda lepas tu...
Sempat singgah di pekan daerah tu,bukan selalu pun turun daerah
tu.Dapat beli kaut baharu untuk aku bawa pergi ke kursus nanti.Yeah...
Kemudian,pergi ke bekas asrama tercinta,melawat adik.Sempat
berbual dengan mak cik jaga yang dah bertahun menabur bakti di asrama tu.Aku
ni,kira baik juga dengan cik sebab kira otai hostel kan.Jumpa juga dengan cik
dewan makan ,ingat lagi dia orang pada aku,walhal aku bukan selalu berbual
sangat dengan dia orang pun.Cuma senyum-senyum mesra .Hehe...
Adik aku datang dengan membawa majalah sekolah edisi tahun lepas.
Ni kira yang terbarulah,Benda yang aku tunggu dah muncul!
Segera,aku selak halaman demi halaman majalah tu untuk mencari
satu nama.
EHSAN
Karya aku untuk majalah sekolah tahun lepas dah terbit.Apa
perasaan aku?
GEMBIRA LAH!!!!
Bayangkan,karya aku,cerpen aku dibaca oleh budak-budak
sekolah,daripada budak form 1 sampai form 5.Daripada cikgu sampai staf
sekolah,Pengetua pun baca,wo...
Ngegege...
Ni paling penting dan utama,ex -crush pun baca. Cheh...nak
layan...
Bangga dan gembira,pasti.
Lepas ni,nantikan satu demi satu karya aku ,yang sedang aku
usahakan, terbit dan dibaca.
Insyaallah...
Dapat tahu satu berita pasal kawan aku,yang agak mengejutkan
aku.Tapi,bagi aku...setiap oang ada rahsia yang dia simpan,dan tak diberitahu
kepada sesiapa pun.Dan rahsia itu,dibawa hingga hembusan nafas terakhir.
till then,
secret unfold...
8-3-2014,sabtu
p/s: please!pray for MH 370
komik misi 10 A finale kini dalam tangan....
Assalamualaikum!Happy!(5x);)selepas hampir tiga minggu
menunggu,akhirnya aku dapat juga pesanan komik berhantu,Misi 10 A finale.Yang
paling best,aku dapat daripada penulisnya sendiri.HEHE....(evil laugh)Pertama
kali buat pesanan online,agak cuak jugalah.Pertama kali bank in duit,lagilah
haru!Tapi,lumrah budak baru nak hidup kan.Pengalaman mendewasakan.Yang
pasti,kali ni pun aku menangis lagi sebab baca komik. Baca komik pun boleh
menangis ke?!Erm...sebab komik ni memang ada kaitan dengan hidup aku.Terus
teringat saat-saat bersama kawan-kawan,geng PBB,dalam dorm Rukayyah...dalam
dorm Sumaiyah,dalam dorm Ummu Salamah,dalam kelas 5 SA1,dalam surau
aspuri,dalam bilik prep...banyak lagi.Kalau nak cerita...mau banjir tinta aku
ni.The most important part is,my collection had
completed!(tahniah,mar!)Pengakhiran koleksi aku lebih bermakna apabila
disertakan sekali dengan kata-kata nasihat dan motivasi daripada penulis komik
tu.Ini antara pesanan beliau kepada aku,Mar:"Khas buat Mar,moga karya ini
dapat menjadi petikan inspirasi buat saudari dan semua yang
membaca.""Semoga menjadi muslimah hebat dan berjaya di dunia dan
akhirat."Hehe...till then,secret unfold,khamis,6-3-2014
HUHUIH....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! IMPIAN JADI KENYATAAN
ASSALAMUALAIKUM....
ceria betul aku malam ni kan...
kenapa mar? kau ada berita gembira ke...?
Erm...enough merepek.Ni semua berpunca daripada petang tadi...
Kita flashback and throwback,right?
Ketika aku dan kawan-kawan aku yang lain sibuk menyiapkan helaian
kerja yang botingkek-tingkek ,fon aku berbunyi...
tapi,cuma aku je yang dapat dengar nada nya sebab tengah pakai
earfon waktu tu...
"Assalamualaikum,ni Cik Mar ke?"pemanggil memanggil nama
penuh aku.
"Ya....erm...boleh saya bantu?"suara aku melayakkan aku
untuk apply jawatan sebagai receptionist.
Sambil tu,kaki melangkah ke tempat duduk semula.
"Saya En........Daripada XXX. Tahu tak maknanya
apa?"Eh2! En.ni nak main teka- teki dengan aku pula.
Senyuman dah mula terukir di bibir,Otak pula dah mencerna sesuatu
maklumat.
"Kenapa En?"
"Cik terpilih untuk menyertai kursus peringkat kebangsaan
tu..."
Teruja+Excited+Happy overload=Gila!!!!!
"Wah!!!!!!!!!!!!!!!Biar Betul ni En.?"minta
kepastian.Aku menjerit dalam amplitud tertinggi.En. tu sendiri sampai terketawa
dengan reaksi aku yang agak over tu.Tapi,siapa tak happy tahap dewa kalau
impian jadi kenyataan kan?
"Haha.Ya...Cik terpilih...Tahniah...Jadi,Cik lapang tak pada
waktu yang dijadualkan tu?"
Giler tak lapang,memang aku tengah cuti pun."Ya....lapang-lapang.Wah!!!!!!!Bestnya-bestnya!!!!!"
Terima kasih En."ayat ni aku ulang entah berapa kali dengan
En. tu.
"Surat dalam proses penghantaran pos sekarang.Jumpa di sana
,ya."
"Ok.Terima kasih En...."ulang ku dengan senyuman tahap
ke awangan.
Tamat panggilan,kawan di sebelah yang daripada tadi dok
tercenggang tengok gelagat sewel aku,bertanya.
"Mar...apa yang kau dapat sampai kau suka benoh ni?"Dia
bertanya dengan riak muka berkerut-kerut,tanda yang dia memang tak faham dengan
gaya aku tadi.
Pendek dan senang je jawapan aku.
"Aku menang motor,de..."Hehe,teringat iklan power root
dulu tu.
'Pak cik menang motor!'
Pergi surau jap,buat sujud syukur,alhamdulillah...
kerana Dia segalanya menjadi kenyataan.
Allah dah makbulkan doa aku .Alhamdulillah...
Benda ni aku tak bagi tahu sesiapa.Kecuali follower tinta ku
ni.Itu pun,aku banyak berahsia kan.
Kalau nak tahu,benda apa,kursus apa yang aku dapat pergi ni...
Nantikan tarikhnya,InsyaAllah,daripada 22-28/3 aku akan ke luar
negeri Johor.
Terpilih untuk menyertai satu program dimana pesertanya hanya 30
orang daripada serata Malaysia.
Sesuatu yang agak mustahil,tapi percayalah.
Rezeki karya tahun lepas.Alhamdulillah....
till then,
secret unfold,
3-3-14
isnin
Perkara yang aku tunggu
ASSALAMUALAIKUM,
Haih...hati...kenapa kau berkeluh-kesah ni? Ada apa- pa yang
mengganggu kau ke?Tanya aku pada hatiku sendiri....
Monolog sekejap,layankan jelah....
Eh! Hari ni dah 1 haribulan 3 lah! Nampaknya,'benda' tu dah
betul-betul dekat dengan aku sekarang ni...Memikirkan 'benda' tu buat jantung
aku tiba-tiba dup dap dup dap,terasa macam ada rama-rama kat dalam perut dan
macam-macam lagi sindrom kegelisahan jadi pada aku.
Akhir bulan ni,keputusan SPM yang aku dok tunggu selama 3 bulan
keluar.ERGH!!!!!!
Serius,wa seriau beb!Entah apa lah yang akan aku peroleh,terus
-terang,aku ni bukanlah budak yang pandai tahap Tera fizik,
I'm just an ordinary girl,gagal tu macam makanan aku....
Tapi,bila fikir balik,aku dah berusaha sehabis daya,semampu
aku,sekuat usaha,
dan bertitik tolak daripada itu,Insyallah....
Aku pasti boleh..!
Sekarang,masuk mode berserah dan bertawakal,pada Allah jua tempat
kita bergantung kan?
Itu baru satu benda yang buat aku tak lena tidur( tak lenalah
sangat!Nyenyak je tido kau,mar!)
Aku juga tengah menunggu keputusan daripada satu pihak ni,samada
aku terpilih atau tidak untuk menyertai satu kursus.Aku sebenarnya diundang
untuk menyertai kursus ni,,( cheh,diundang kan..) tapi,persaingan dia...YA
ALLAH!
jumlah peserta yang dia nak cuma 30 orang,dan aku kena bersaing
dengan orang-orang serata Malaysia...
GILA!
Semalam,tarikh tutup penyertaan kursus tu,aku? awal-awal lagi dah
hantar segala borang yang diperlukan.Doalah semoga pihak tu dapat menyenaraikan
aku sebagai antara peserta kursus tu.
Kalau aku terpilih,aku kira antara yang bertuah sebab dapat
mengikuti kursus peringkat kebangsaan!
Lagipun,kursus ni bersangkut-paut dengan apa yang aku minat dan
hajati. Semoga apabila aku terpilih ke kursus ni,bakat yang aku ada dapat lebih
digilap,dipolish discrube,disental!
Sebab,aku percaya dengan satu perkara...
Kalau nak belajar,mesti berguru...
Erm...ada lagi satu benda yang aku tunggu sebenarnya,tunggulah sangat...
Bulan 5.
Ada apa dengan bulan 5? Ya....selain itu bulan lahir aku,ada
perkara yang buat aku lebih seriau dengan bulan tu,
Selama ni,bulan 5 tak pernah buat aku resah-gelisah.Selama ni aku
makin tak sabar nak cepat-cepat bulan 5 adalah.
Tapi,ni ceritanya...
Setiap bulan,kursus aku akan buat majlis hari jadi buat budak2
kursus,kebetulan,budak kursus aku yang berkongsi bulan lahir dengan aku is a
boy.Okey....Itu tak kisah lagi...
Tapi,yang aku cuak,pasti kitaorang akan digandingkan bersama untuk
bergambar dan potong kek dan etc.Masalahnya,dak ni cam 'lain'tau.itu yang buat
aku resah.
Aku tak pernah ambil gambar berdua dengan mana-mana lelaki,selain
abah aku.
Dan,aku tak akan mencemar duli aku untuk bergambar berdua dengan
mamat tu.
Tapi,ni bukan sekolah,Mar....:(
Orang apa kisah dengan batas,sedihnya...
Mungkin dia orang tengok aku ni jenis yang huhu haha gitu,tapi tak
bermakna aku ni bukan jenis yang tak jaga batas.Minta Maaflah semua,kalau
boleh,buatlah majlis untuk bulan 5 nanti combine dengan bulan 7,8,9. Kalau
macam tu,aku tak kisah.
Adik aku,huh,bila aku cerita pasal ni pada dia,makin dia
takut-takutkan aku adalah.Bertuah punya adik.
(GeRaM)
Bila dibaca balik tinta aku ni,nampak tak macam-macam benda yang
menghantui aku,aku jenis yang happy saja...tapi dalam hati tersirat beribu
kegelisahan.
Cuaak de......
Itu jelah...kalau aku cerita lagi,entah berapa page terisi
kang.Terima kasihlah...
till then,
secret unfold...
sabtu,1/3/2014
Apa hubungan anda
sejujurnya...hati ni masih dirundung kesedihan,memang sukar nak
menghadapi kenyataan yang kawan baik,satu geng telah pergi menemui Penciptanya.
Semalam,aku teringat yang dia dan seorang lagi kawan aku ada bagi
satu video,sempena hari lahir aku yang ke 17 tahun,tahun lepas...
Kalau dulu,aku boleh tengok sambil gelak2 dan tahan
terharu....(Senyum lebar) tapi semalam,memang berjurai-jurai butiran jernih tu
keluar tanpa henti daripada tubir mta. Tapi,sepertimana yang kawan aku tu
pesan,
"Happy always...Jangan sedih....Jangan lupakan aku..."
Dayah...aku tak akan lupakan kau.Janji!
Enough with that,life must go on.Doakan dia bahagia di sana.
Ini,berkaitan dengan tajuk tinta aku,hari ni...
Hari ini,aku menjadi saksi macam mana sulitnya
perasaan.Cheh...ayat....!
2 orang kawan yang berbeza tapi ada problem dengan perkara yang
sama.
CINTA
kawan 1:dia ni memang baik,gaya pun sweet je.Tak pelik kalau
lelaki mudah tangkap cintan dengan dia.Sikap dia yang mesra dengan semua orang
memang menarik perhatian...
Namun,dalam diam...dia mula minat dengan seorang mamat ni.
Mamat ni...pun stok baik2juga...adalah juga macam lelaki idaman
gadis .Lembut (which is not yang Auuu?! tu.)gaya penyayang mungkin?Aku sendiri
tak tahu nak describe dia macam mana.
Tanpa disedari,selepas satu kejadian yang berlaku antara
mereka,menimbulkan perasaan suka.Untung,tak bertepuk sebelah tangan.
Haru,bila ramai juga yang nak jadi match -maker dia orang.Tapi,aku
ni,pengenen (match-maker)official mereka.
Jujur,kawan aku cakap dengan aku,dia sebenarnya takut ntuk ada
apa2 hubungan dengan lelaki lagi,sebab pengalaman lalu.Macam mana dia kecewa
dengan insan bergelar lelaki.Macam kata Yuna,
"Lelaki......Tak Guna...."
Tapi,bila dia tengok balik kesungguhan dan keikhlasan hati mamat
tadi,dia mula buka hati dia untuk terima lelaki tu.Serius,dia orang memang well
together.
Bila kawan aku bahagia,aku pun bahagia...(senyum)
kawan 2: ni cerita dia macam ada konflik sikit.Weh,kalau bab2
perasaan tak ada part triller macam ni,mana syok ,kan?
Dia pun baik,dan dia memang dah ada scandal.Scandal dia kawan aku
juga.Selalu sangat dikenenkan,akhirnya melekat.Masing2 suka satu sama lain,tapi
prinsip diri mereka yang menahan mereka daripada hubungan yang lebih serius. Si
perempuan kata,
"Aku nak belajar dulu sampai ada Ijazah.Lepas dah kerja
,hidup dah stabil,baru fikir pasal benda2 ni."
Si lelaki...
"Selagi aku tak mampu nak sara hidup sendiri,hidup parent
.Aku tak bercadang nak ada makwe bagai."
Kepala mereka ni memang sepesen dengan aku.Dan aku anggap mereka
agak matang dalam mengatur kehidupan.Ya...Kami ni result SPM pun belum keluar
lagi...
Tapi,as I said before...mereka memang padan,scandal kelas kan...
Malangnya,dalam bahagia melayan perasaan,ada pula makhluk yang nak
cuba menganggu hubungan dia orang.
Kawan perempuan aku ni berkenalan dengan seorang mamat yang satu
kumpulan dengan dia.Ingat minggu usahawan haritu?Waktu tulah..! Bukan
berkenalan apa pun...just tahu nama sikit2 je.
Tapi,si lelaki ni dah terpikat dengan gaya kawan aku tadi,dia mula
buka salam perkenalan.
Mamat tu minta no.fon kawan aku.Tapi,kawan aku ni tak bagi...dia
tolak cara baik.
Tak puas hati,mamat tu hantar wakil pula suruh usyar kawan aku
tadi.Dia tension.
Si scandal dia dapat tahu,walaupun dia buat muka
macam'aku-tak-kisah-langsung'tapi,dalam hati dia mungkin tengah terbakar
kot!Yelah...ada orang nak rampas scandal aku!
si perempuan ni pula,daripada perkiraan aku,jenis yang agak
straight.Dia tak faham bahasa hiperbola.Jadi,dia tak tahu macam mana nak
menghadap benda ni.
Pakal dapat scandal matang.Kita orang nasihat kawan aku baik2.kau
kalau tak minat,jangan pernah layan.Takut dianggap sombong?Tak de maknenya...
Daripada,mamat tu nanti mengharap lebih karang...kan ke haru...
Aku siap back up scandal kawan aku lagi,
"weh,mat ni masa aku offer no kau dia tak nak pun.Katanya,dia
nak minta daripada kau sendiri.Itu ,baru gentleman..."Statement aku
disokong ramai pihak.
Lepas bukan main panjang kita orang bercerita pasal
relationship,kawan,scandal bagai.Kita orang pindah topik lain.Tak nak makin
susahkan hati minah tu,(dan juga scandal dia)
Kesimpulan daripada tinta aku hari ini,relationship is
complecated.Indeed.Untuk itu,kita kena pandai mengawal dan mengatur.Supaya ia
tak jadi beban buat kita.
Aku memang tak pernah ada bf bagai,tapi based on my
observation,tambah juga dengan pengalaman aku yang boleh tahn banyak dan sakit
pasal hubungan bagai,bolehlah kot kalau aku jadi Dr.Cinta...
Boleh ke...
Selepas habis sekolah,aku tanam azam jangan mudah untuk suka
seseorang.Sebab syok sendiri ni sakit.Lagi sakit,kalau orang tu bukan takat tak
layan malah tak hadap pun dengan kita.Itu,kenangan aku.Yang aku jadikan
panduan,sekarang.
Tapi,bila aku cakap quote yang kat atas tu dengan kawan2,(aku suka
bila tengok kawan aku bahagia...)ada seorang kawan aku mencelah,
"kau,bila lagi nak bahagia?"Hehehe...
Kita fokus bina hidup dulu eh,Mar...(tepuk hati sendiri)
till then,
secret unfold...
pemergianmu amat tak diduga,sahabat...
MACAM TAK PERCAYA...
semua berlaku dengan pantas sekali....
waktu aku tengah menjawab exam petang tadi...tiba2 aku terdengar
nada dering fon aku berbunyi.
Mula-mula,aku macam tak dengar...tapi,fon aku berbunyi lagi.
Kali ni ,aku angkat.
"Hello,assalamualaikum..."
"Waaalaikumussalam..long...adik cakap ni jangan sedih
tau..."kata adik aku dengar suara gusar.
"Kenapa ni?"Kerutan mula muncul di dahi aku.
"Kawan long meninggal tadi...mak kawan adik datang ambil dia
di asrama..."
Aku terjerit,air mata dah mula turun daripada tubir mata..
"Kau biar betul ni..."Air mata makin deras
mengalir,tanpa aku sedari,esakan aku tu dah menarik perhatian budak-budak
kursus yang lain.Masing-masing dah pakat kerumun aku.
"kenapa ni,mar?"Soal seorang kawan aku sambil mengusap
belakang aku,cuba menyabarkan aku.
Mereka semua aku tak hiraukan,aku sambung perbualan aku dengan
adik aku.
"Terima kasih sebab bagi tahu."Talian dimatikan ementara
aku masih tersedu-sedu lagi.
"Mar..cuba cerita apa yang dah jadi?"
"kawan baik aku meninggal...."makin deras air mata ni
jatuh.Setitik,setitik...
"Innalillah...Dia sakit ape?"
"tak tahu,dia tak pernah bagi tahu dia sakit ape dengan
kawan-kawan dia."
Seorang akak kursus mencelah,"Nah,jangan nangis.Ambil tisu
ni..
Bukan setakat tisu yang dihulur,sapu tangan pun dia bagi.
Kawan aku yang lain tanya akak tu,"Kak,ni tisu dengan sapu
tangan siapa?"
Entah...akak main ambil je.
Part ni berjaya buat aku gelak...sabo jelah...
Dalam still cam caya tak caya tu,aku terfikir sesuatu...
Mar!contact kawan2 kau yang lain!
Malangnya,aku still belajar. tak ade topup memang isu cliche
buatgolongan aku.
'pergi beli topup kat kriss ja lah' otakku berfikir.
selepas beli topup dan tel kawan2 aku,aku terfikir pulak,biar
betul apeyang aku dengar ni.
Aku telefon mak arwah pula...
Yang menshahdukan aku,dia letak nickname barat aku yang popular
kat sekolah as my contact name.
MARY ANNE
mak dia,mula2 calm je,lepas aku tanya..
"Cik..betul ke apa yang saya dengar,arwah meninggal?
Sebak."Betullah tu..."
Aku ambil keputusan ,balik awal nak pergi menziarah dia.Walaupun
aku kurang pasti alamat rumah dia (sebab aku ni duduk hostel...)
Call parent minta tolong dia orang datang ambil,dan bawa aku ke
rumah arwah.
Sepanjang perjalanan,aku keep calling my friends,because I'm not
so sure about her house.Malangnya,masing2 tak berangkat.Sampai satu tahap,aku
cakap dengan mak abah aku..
"Fon dia orang ni,baling masuk lombong jelah! Orang telefon
tak angkat!"
Lebih haru,sebab dah fade up dengan kawan-kawan perempuan aku,aku
call pula seorang kawan lelaki aku.Yang memang tak pernah dihubungi
langsung.Nasib kau pilih budak ni,mar. Daripada seorang lagi tu...
Yang tu,memang sah aku dah tak betul...
Tanya dia alamat rumah arwah.Dia pun tak tahu.HUHU
aku bukan tak tahu langsung rumah dia,cuma rumah dia banyak
lorong,takut salah masuk kang....
ya..salah masuk lorong.Pusing2 aku kat area tu,sekali lorong yang
lagi satu da....
Turun daripada kereta,aku terus berjalan laju kearah rumah
arwah,tanya dulu pak cik yang berkumpul kat depan rumah tu.
"Betul ke ni rumah arwah...?"
"Betullah tu..."
Setibanya aku dalam rumah,aku lihat arwah sedang terbaring
ditengah rumah,sambil bacaan tahlil mengiringi pemergiannya.
Ramai kawan2 yang aku jumpa,selepas hampir beberapa bulan tak bertemu.Cikgu2
sekolah pun ramai juga yang datang .
Masa nak dikapankan,ada seorang mak cik ni offer kawan2 dia supaya
tolong uruskan dia.Aku dan 2 lagi kawan aku,volunteer. Sekali fon bunyi
pula,lagu dah lah...HUHU
Kawan kau yang lain tel.Dia pun macam tak percaya dengan apa yang
dikhabarkan.Dia tak dapat datang sebab kerja.Tak pelah kan...
Selesai dikapankan,aku berpeluang mencium dia,buat kali
terakhir...
Berseri-seri muka kau,beb.Sekali tengok kau macam tidur...
Sebelum tu,tengah aku berdiri nak ambil giliran nak cium dia,kawan
aku yang lain datang peluk daripada belakang dan sembam mukanya di bahu
aku.First time aku tengk dia menangis...
"beb,kau janganlah nangis...nanti aku pun nangis
gak..."Padahal air mata memang dah brjurai ni...
Aku,kira bertuah sebab dapat tengok dan cium dia.Kawan -kawan aku
yang lain ada yang tak dapat nak tengok langsung.
Kemudian,masing-masing ambil tempat intuk sembahyang jenazah.
Aku pula,mencari -cari mak abah aku.Sekali,aku terpandang
seseorang yang pernah buat tanda dalam hati aku.Dia diri kat belakang abah aku
je pun...
Malangnya,dia nak pandang aku pun tak hadap.AKU PUN TAK KISAH
PASAL KAU LANGSUNG!
lagipun,kau tu cuma sejarah aku je.
Lupa nakbagi tahu,aku datang melawat dengan baju kursus
aku,mungkin sebab tu dia orang pandang aku tak berkelip.ENTAH...
Baliklah....aku pun minta izin dengan kawan-kawan aku yang
lain.Lagipun aku ni gak jauh daripada rumah arwah.Lalu depan dia,dalam
kereta,aku perasan yang dia menjeling aku.BIARLaH>>
Semoga kawan aku tu ditempatkan bersama dengan orang yang
soleh.Amin...Kenangan dengan kau tak akan aku lupakan,sampai bila2.Sentiasa...
till then,
secret unfold...