Sharing My Story: March 2014

Saturday 22 March 2014

Jom Blogwalking Bersama Blogger 2014


Penantian Sudah Berakhir

Assalamualaikum,

akhirnya...penantianku selama 3 bulan demi keputusan SPM telah berakhir semalam.
Alhamdulillah,walaupun aku kurang cemerlang,dengan hanya 4A(campur2 jenis),dan ada D,tapi aku reda.Sebab,aku memang dapat rasa yang keputusan peperiksaan kali ni tak akan dapat segempak peperiksaan UPSR dan PMR aku.

Zaman kegemilangan kau dah berakhir kut,Mar?

Mungkin...

Na....mana ada,ni cuma asam garam kehidupan...

Tapi,biar aku berkongsi pengalaman dan kegentaran hati aku sebelum slip keputusan tu berada di tangan.

Aku kesekolah awal kerana kawan-kawan sekelas aku mengadakan tahlil dan doa selamat buat sahabat kami,Hidayah.Alhamdulillah...selepas beberapa bulan tak bersua muka,aku bertemu kembali dengan kawan-kawan aku. Rindu terubat,fuyoooo...Tapi,jauh di sudut hati,aku rasa kekosongan kerana seorang sahabat aku telah kembali kepada pencipta-Nya. Aku yakin,kawan-kawan aku yang lain turut merasai perkara yang sama.

Memang haru bila dapat jumpa budak-budak ni.Rindu giler dengan mereka.Masing-masing tak banyak beza,mungkin sebab baru tak jumpa selama 3 bulan,aku tak dapat bayangkan kalau kami akan bertemu lagi selepas beberapa tahun.Kali ni,mesti mereka berubah totally...

Aku skip cerita...

Hati ni yang memang dah sedia DUNG GEDANG DUNG GEDANG makin dipalu bila menyedari yang guru kelas aku sedang memegang slip keputusan.OK...waktunya dah tiba...(gigil ni...)

Dan,di kesempatan ini,aku nak ucapkan ribuan tahniah kepada Atul,Pipah,Kina,Janna,Zira dan Athira sebab dapat straight A dalam SPM.Si Atul lagi gila, 11 A+ kau!Sampaikan surat khabar Metro datang buat liputan.Dan...hari ni,terpampang muka aku dalam surat khabar tu...(INTERFRAME)

Hati sekali lagi dipagut kesayuan bila keputusan Hidayah diumumkan...
Dia dapat 3A ,7 B dan 1 C...
Mengalir air mata aku bila teringatkan kata -kata dia pada aku dulu...

"Wei Mar,aku tak tahulah macam mana result aku nanti...Entah-entah teruk...Kau mesti bagus punya..."
"Kau ni,janganlah fikir macam tu...Kau boleh Dayah..."
Sebenarnya,panjang lagi perbualan aku dengan dia ,tapi aku tak nak tumpah balik...

Dayah....Kau dah berjaya...kau dapat 3 A dengan 7 B,tabik dengan kau....

"Nanti bila hari result keluar,lepas ambil keputusan kita keluar gi makan,nak!"Ajak aku kepada kawan-kawanku bila bercerita mengenai hari keputusan,waktu sekolah dulu...

"Boleh je...Jom!"kata kawan-kawanku yang lain...
"Habis,kalau yang tak dapat baik sangat nanti..."kata Dayah...
"Alah...tu tak payah fikir..."HUHu

Kelakar bila fikirkan keputusan aku dengan kawan-kawan aku,kami macam buat tangga!Dari 3 Asampai 11 A.Huhu...

Yang pasti,aku fokus pada masa depan,benda dah jadi tak boleh undur,aku sedar dalam 2 tahun ni,aku banyak leka dan tak berapa fokus pada pelajaran.Itu.Dulu.

Aku dah mulakan hidup baharu...dengan citacita baharu...serta keazaman baharu...
Hidup sebenar kau baru je nak mula,Mar...

oh...by the way...
congratulations to my ex-crush,6A...

Bye....jumpa lagi dalam tinta terbaru aku,di Santuary Resort,cherating,Pahang.
sempena Minggu Penulis Remaja 2014...

impian aku jadi kenyataan...alhamdulillah...
till then,secret unfold...
21-3-2014,jumaat


Pengalaman Ngeri

Assalamualaikum.....

Aku sebenarnya sedang mengejar masa untuk ke kursus.Tapi,sebab nak berkongsi cerita punya pasal,aku gagahkan diri untuk menulis entri ni.

Baru-baru ni,ada seorang mamat hantar message melalui fb.Katanya nak berkenalan dengan aku.Aku pun terus check fb dia sebab dia ni bukan kawan aku.Tapi,dia ada bagi comment dalam satu gambar aku.

Tengok fb dia,erm...bolehlah orangnya...jadi,aku balas mesej dia dengan menghantar ikon smiley.
Beberapa kali,berhai bagai...dia mula masuk jarum...

Katanya,dia nak berkawan dengan aku.Senang cerita nak usharlah.Dan pastinya,lelaki...dia gerenti akan puji memuji punya kan.Tapi,aku bukan orang yang senang makan pujian,balas chat dia pun sekadar nak hilangkan bosan je.

Sehinggalah suatu hari...

Aku berkata dengan dia,"Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak..."
Mengejutkan dan menyentapkan bila mamat tu balas macam ni!
"Sebenarnya...saya b****i dengan awak...Saya cakap tulus dari hati.."

Kau Dah Gile Ape?????!!!!!
Dia kata jangan marah,sebab memang itu yang dirasakan nya...

Lama juga aku ambil masa nak balas chat dia.Dan balasan ni pun yang terakhir,kurang ajar mamat tu!
Dalam tulisan caps lock,aku marah dia...

"KALAU NAK BERKAWAN TU,BUAT CARA NAK BERKAWAN...MINTA MAAF,SAYA TAK KENAL AWAK.!"

Terus,aku unfriend dia,and block!Puas Hati aku!

Pengajaran daripada pengalaman aku ni...

Berkawan tu kena beringat...Lagilah yang baru nak kenal macam tu.
Fobia sekejap aku....
Lebihbaik kau chat dengan kawan yang sah kau kenal kat dunia sebenar,daripada nak berkenalan bagai kat media sosial.
Lagipun,kalau aku report polis,gerenti mamat tu masu balai punya,macam apa yang ditilis oleh Kamal Efendi,penganalisis jenayah,dalam kolum dia di BH jumaat lalu...Tabik-tabik cakap....

Aku nak lupakan perkara ni...

Till then,

secter unfold,15-3-sabtu

Daki Gunung!

Assalamualaikum....
Penatnya....kaki ni macam dah nak tanggal pun ade.
Semua ni berpunca daripada aktiviti kursus aku hari ni...
Daki Gunung Lambak,Kluang!

Serius,ni pertama kali aku daki gunung .(tapi pernah je daki bukit depan rumah atuk aku)Jadi...selalunya benda pertama kali cuba ni kita akan rasa teruja.Excited overdosed.Tapi,tak juga...

Aku masih boleh mengawal rasa keterujaan dalam diri ni,(walaupun aku lah yang sibuk bertanya pada urusetia jadi ke tidak program ni?)

Ok,kita mulakan cerita,pengalaman aku mendaki gunung.
 Pagi tadi,macam biasa...berkumpul di Bangunan kursus untuk perhimpunan pagi,selepas sesi briefing sekejap,kami semua diarahkan untuk bergerak menggunakan pengangkutan masing-masing ke lokasi,Which is Gunung Lambak.
Seronok pula bila berkonvoi dengan budak-budak motor yang lain,although aku sekadar penumpang belakang,kawan aku yag bawa skuter tu.
Sampai je di kawasan parking ,aku dapat melihat sekumpulan warga cina sedang menari serentak sambil diiringi muzik.Best gak...aku rasa macam dekat Pasar Karat,JB.

Kemudian,warming up.It is the most important thing to do before doing any physical activity.Then,mulakan perjalanan anda dengan Bismillah...

Budak lelaki yang over excited boleh pula main kejar-kejar waktu nak naik bukit menuju gunung.Aku dan kawan-kawan aku hampir je jadi saksi kes jatuh gaung.Pakal budak tu sempat ambil brek kecemasan.Haloh...
Bila lalu jambatan gantung pula,budak lelaki kursus elektrik pakat main enjut-enjut jambatan tu macam main buaian di taman permainan.Hilang sekejap semangat aku.
Tapi,aku kuatkan semangat.
Kata nak sangat masuk PLKN kan...tak dapat buat aktiviti macam ni trill juga.! ;)

Pada permulaannya,perjalanan tak tricky sangat...Tapi,lama kelamaan,dah kata daki gunung kan...makin susah dengan laluan yang curam ditambah dengan akar pokok yang berselirat.Tapi,akar pokok tu membantu proses pendakian.

Aku mendaki sambil ditemani oleh 2 orang kawan aku .Atiqa dan Wanie.dah macam nama air pula...A&W (hhe)
Yelah...kalau yang ada pasangan tu,tak kiralah yang couple ke,scandal ke,TTM ke (teman tapi mesra) dah tentu tak lepas berdua je kan.

Punyalah daki...akhirnya sampai juga ku di...
PERTENGAHAN GUNUNG LAMBAK...
La...Ingatkan dah sampai puncak!
Brek sekejap di situ sambil menunggu mana-mana kumpulan yang masih belum sampai tengah.
Agak-agak dah cukup tu,kami teruskan lagi perjalanan menuju puncak.
Menuju puncak,gemilang cahaya..Siapa tahu ni lagu apa?(selingan)

Route kali ni,lagi mencabar...gila mencabar...Air 100 + aku dah habis,huhu tambah lagi dengan kaki yang mulalah nak cramp bagai.Hu...naya je cramp tengah-tengah hutan.Aku tetap bergerak,sebab aku tahu kalau aku berhenti kaki aku akan makin sakit.

Aku main langkah-langkah,lalu akar sana,sini,kasut masuk tanah,and macam-macam lagi.
Penat...aku rehat sekejap dengan kawan-kawan aku yang dua orang tadi.Nasib baik si wanie ada bawa air 100+,boleh lah cas tenaga aku.Lama-kelamaan,kami telah bertemu kembali dengan kawan-kawan yang lain.Hehe,akhirnya...dapat potong dia orang.

Baju,jangan cakaplah...memang dah lencun.Dengan beg segala,sambil earphone tergantung di telinga,dengan tangan kesat peluh muka.Hah...bergaya tak aku?

Aku hampir putus asa...tapi kata -kata ni yang buat aku bersemangat untuk habiskan ke puncak.
Aku nak buktikan yang aku boleh.Dan aku kena habiskan semua kerja yang aku buat dengan baik.Tambahan pula,bukan Mar kalau aku cepat mengalah.
'Sebab...apa yang aku nak ,mesti aku dapatkan,dengan izin Allah!!!!'

Kalau kawan aku tanya,"Mar...kau ok?"
Aku akan balas,"Kalau tak ok pun kena cakap ok,semangatkan diri tu."
Dan..selepas hampir sejam kami mendaki...Alhamdulillah...kami sampai ke puncak Gunung Lambak!
Kepuasannya memang terasa,usaha aku berbaloi!
Dapatlah aku melihat panorama sekitar kluang.
Paling best,aku ,Wanie dan Atiqa antara 15 budak terawal sampai !Bangga sungguh!(kembang hidung)

Lama-kelamaan,makin ramai budak lain yang sampai.Sesi fotografi sambil berehat mengambil alih ruang.
Agak-agak dah ok..aku duduk bersila.
Malangnya....masa dipanggil untuk bergambar beramai-ramai.aku tak boleh gerak.kaki cramp balik!Menjerit sekejap aku kat puncak tu..Dua-dua kaki pula tu!
sakit dia...fuh...pakal ada cik senior tolong.itu pun masih rasa sakit dia.Tapi...
aku ni pelik sikit...kalau sakit still boleh gelak bagai,jadi perlakuan aku mengundang keanehan kepada budak-budak lain.Itu,memang aku.
Masa aku bergelut nak bangun tu,aku suruh budak-budak lain pergi ambil gambar dulu."Tak pe...korang jangan risaukan aku.Pergi dulu2..."arahku pada mereka.

Dan ayat kawan lelaki aku ni buat aku tersentuh...
"Tak...kalau seorang sakit,semua budak TSK pun sakit"Huhu...
aku makin sayang dengan budak kursus aku.
Tapi,memang pun kami satu kursus memang ngam giler,rapat sangat walaupun masing-masing baharu je kenal bulan 1 haritu.Aku tak dapat gambarkan waktu perpisahan kami,bulan 6 nanti.

Teruskan perjalanan turun pula,pada mulanya kami agak awal turun,tapi kerana kasihan dengan seorang kawan aku yang hanya keseorangan perempuan diapit 2 lelaki kat belakang,kami saing dia.
 Turun lagi haru!!!!!

Betul kata orang,daki lagi senang dari turun.Kali ni,aku saing dengan lebih ramai budak kursus.Kak Aida...kesian dia.Bukan main payah nak turun.Dia kerap tergelincir sampai dah gigil satu badan.Hah..ni aku nak bagi pujian pada ketua pelatih merangkap budak kursus aku,Zul.Dia menjalankan tanggungjawab dia  dengan baik sekali.Sebab dia banyak tolong kak Aida...dan yang bagusnya dia tu...dia tak pegang perempuan sesuka hati je.Dia pegang pun area pergelangan tangan yang berlapik baju.Dah darurat sangat,baru dia korbankan prinsip dia.

Yang aku ta tahan dengan Wanie dan Atiqa,Atiqa..dah jauh ke depan dah.Wanie...gaya dia macam lah gunung lambak tu rumah dia.Selamba derk je main lompat-lompat.Kata baru pertama kali naik.APTB...

Sebab aku dalam kumpulan terakhir turun,adalah cikgu yang jadi pengiring...Hai cikgu...apasallah kau hensem sangat hari ni.Cikgu kursus aku memang hemsem,tapi hari ni dia giler...hensem sebab pakai spek.
Majoroti perempuan mengiakan kenyataan itu.Hai...pakal cikgu dah khawin...He...dia sempat bergurau dengan kita orang...Siap gelk-gelak lagi

Air yang aku bawa...habis bila diedarkan pada budak-budak ni...Masing-masing haus,tapi aku terbalik pula...
Boleh perut ni berbunyi ...kuat pula tu...yelah...sarapan aku setakat roti 70 sen je.Waktu tu pun,jam dah pukul 12 lebih.Standart lah kalau lapar...Tapi,malulah juga tang perut bunyi tu...

Dipendekkan cerita,kami akhirnya sampai juga ke tempat asal...Yahu....
Sampai je,tengok dah tak ramai budak di situ,masing-masing pecut balik rumah.Aku pula...balik rumah kak Aishah...berehat di sana.

yang pasti...aku puas...tapi,kalau nakbuat lagi program ni,aku akan fikir dulu 2/3 kali sebelum involve.Biar hilang dulu segala rasa penat dan cabaran tu...

till then,

secret unfold,12-3-2014=rabu



Pengalaman Mendaki Gunung

Assalamualaikum....
Sebenarnya,tinta ni aku dah tulis daripada semalam lagi,tapi yelah...bekerja dengan mesin ni memerlukan ketelitian dan dayatumpuan yang tinggi serta sikap berhati-hati.Padah salah click,terus hilang satu karangan SPM aku.HUHU

Jadi,aku nak bercerita pasal semalam dalam bentuk ringkasan jelah.Fobia punya pasal.

Aku berjaya mendaki gunung di kawasan rekreasi berdekatan rumah aku,hingga ke puncaknya!
Tinggi,memang tinggi.Tapi,berbekalkan semangat juang dan usaha yang tak putus,aku dan kawan-kawan aku berjaya sampai ke puncak.Pertama kali mendaki,dah ke puncak.Itu satu pencapaian yang bagus!

Banyak kenangan manis dan haru sepanjang mendaki ,berada di puncak dan menuruni gunung tu.Aku belajar erti persahabatan,kerjasama,tolong-menolong,tanggungjawab dan pelbagai lagi.

Kepada kawan-kawan aku yang setia dengan aku sepanjang perjalanan,thanks sooooo much.
Kepada budak kursus aku,terima kasih sebab buat aku rasa macam korang ni family aku.
"Kalau kau sakit,semua TSK rasa sakitnya..."ayat kawan lelaki aku ketika aku menyuruh dia orang gerak dahulu untuk sesi bergambar,sedangkan aku sedang bergelut melawan cramp di puncak gunung.

terima kasih...and,oh!By the way....result 20 hb ni...seriau de...!Tolong doakan aku ye...
and one more thing,kursus aku tu...kena buat preparation daripada sekarang.Jumaat dean dah nak gerak.

till then,
secret unfold,13-3 khamis
p/s:M tegur aku tadi...hehe"kasih diterima..."



rutin dahulu,bermula kembali!

Assalamualaikum....
Hah!jawab,jangan tak jawab!
Hari ini,aku telah melakukan satu perkara yang ketika dahulu sering aku lakukan,
apakah ia?

Jeng(3x)   bunyi sikit....

Aku berniaga dari satu kelas ke satu kelas. (Ek,eleh....ingatkan ape yang gempak sangat tadi...)

Ok...memang cerita aku ni tak gempak mane tapi,ia mengigatkan aku pada kenangan sewaktu alam persekolahan,terutamanya ketika bergelar Lagenda Budak Hostel...

Tolong kawan aku,cik As berniaga kerepek ,merantau daripada satu prep ke prep yang lain,dorm ke dorm lain.Tidak pun,kami buat jualan langsung di surau aspuri.

Alhamdulillah...jualan selalunya laku.Tambahan pula,dengan status aku sebagai budak senior dan agak dikenali di asrama,memudahkan urusan perniagaan aku.

Itu semua ,kenangan...

Hari ni,ada seorang akak kursus aku minta tolong jualkan barang dia.Berbekalkan pengalaman yang ada,aku offer diri menolong.
Masuk kelas yang majoritinya perempuan,aku tak berapa kisah sangat...ok...
Masuk kelas yang majoritinya lelaki,ni aku cuak sikit.

Tapi...bukan Mar kalau aku takut !*penuh keyakinan

Alhamdulillah...walaupun tak berapa nak laku di situ,(sebab kelas tu memang terkenal dengan sikap berkira nya)aku dapatlah tambah lagi keyakinan aku di depan khalayak.

Malangnya...aku tak dapat apa2 pun daripada hasil jualan tadi,Faham yang jualannya tu bukannya banyak sangat,tapi,ia membuatkan aku terfikir akan satu perkara:

'Mar,kau tu asyik tolong orang berniaga je,bila kau pula yang nak berniaga?Tak kan kau cuma nak harapkan komisen yang setakat berapa puluh sen tu je kot?'

Aku akan fikirkan perkara ni,betul juga...Tak kan aku cuma nak menolong orang dan hanya jadi pemerhati keuntungan orang.Bukan nak kata yang aku ni tamak atau mata duitan,tak!
 Tapi...
Kan Rasuluah sendiri dah cakap,pintu rezeki kat dunia ni adalah melalui perniagaan.Walau sekecil atau sebesar mana perniagaan tu,pasti ia akan membawa pulangan yang berbaloi buat peniaganya...

Dan pastinya,bila nak berniaga ni,kena tahu selok- belok dan tektik dalam bidang tu.Tu,penting bagi mengelakkan aku daripada ditipu atau mengalami kerugian yang banyak.

Amacam,Mar?Ready?....

till then,
secret unfold
11-3,selasa

p/s:esok aku akan memanjat gunung,first time baby!

KARYA DAH TERBIT@MAJALAH SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM....

nak cerita apa ya hari ni? macam tak tahu pula nak cerita apa.Oklah,aku cerita pasal apa yang aku dah lalui pada harinilah,boleh?

Hari ni,aku dan keluarga serta beberapa orang kawan abah telah pergi ke majlis perkahwinan kawan abah di satu daerah di Johor.Kami buat konvoi disertai oleh 4 buah kereta.

Ya....perjalanan tu kira biasa je,ditambah dengan tabiat aku yang pantang duduk dalam kereta,pasti terlena.

Ni nak cerita benda lepas tu...
Sempat singgah di pekan daerah tu,bukan selalu pun turun daerah tu.Dapat beli kaut baharu untuk aku bawa pergi ke kursus nanti.Yeah...

Kemudian,pergi ke bekas asrama tercinta,melawat adik.Sempat berbual dengan mak cik jaga yang dah bertahun menabur bakti di asrama tu.Aku ni,kira baik juga dengan cik sebab kira otai hostel kan.Jumpa juga dengan cik dewan makan ,ingat lagi dia orang pada aku,walhal aku bukan selalu berbual sangat dengan dia orang pun.Cuma senyum-senyum mesra .Hehe...

Adik aku datang dengan membawa majalah sekolah edisi tahun lepas. Ni kira yang terbarulah,Benda yang aku tunggu dah muncul!

Segera,aku selak halaman demi halaman majalah tu untuk mencari satu nama.
EHSAN

Karya aku untuk majalah sekolah tahun lepas dah terbit.Apa perasaan aku?
GEMBIRA LAH!!!!

Bayangkan,karya aku,cerpen aku dibaca oleh budak-budak sekolah,daripada budak form 1 sampai form 5.Daripada cikgu sampai staf sekolah,Pengetua pun baca,wo...
Ngegege...
 Ni paling penting dan utama,ex -crush pun baca. Cheh...nak layan...
 Bangga dan gembira,pasti.
Lepas ni,nantikan satu demi satu karya aku ,yang sedang aku usahakan, terbit dan dibaca.
Insyaallah...

Dapat tahu satu berita pasal kawan aku,yang agak mengejutkan aku.Tapi,bagi aku...setiap oang ada rahsia yang dia simpan,dan tak diberitahu kepada sesiapa pun.Dan rahsia itu,dibawa hingga hembusan nafas terakhir.

till then,
secret unfold...
8-3-2014,sabtu

p/s: please!pray for MH 370


komik misi 10 A finale kini dalam tangan....

Assalamualaikum!Happy!(5x);)selepas hampir tiga minggu menunggu,akhirnya aku dapat juga pesanan komik berhantu,Misi 10 A finale.Yang paling best,aku dapat daripada penulisnya sendiri.HEHE....(evil laugh)Pertama kali buat pesanan online,agak cuak jugalah.Pertama kali bank in duit,lagilah haru!Tapi,lumrah budak baru nak hidup kan.Pengalaman mendewasakan.Yang pasti,kali ni pun aku menangis lagi sebab baca komik. Baca komik pun boleh menangis ke?!Erm...sebab komik ni memang ada kaitan dengan hidup aku.Terus teringat saat-saat bersama kawan-kawan,geng PBB,dalam dorm Rukayyah...dalam dorm Sumaiyah,dalam dorm Ummu Salamah,dalam kelas 5 SA1,dalam surau aspuri,dalam bilik prep...banyak lagi.Kalau nak cerita...mau banjir tinta aku ni.The most important part is,my collection had completed!(tahniah,mar!)Pengakhiran koleksi aku lebih bermakna apabila disertakan sekali dengan kata-kata nasihat dan motivasi daripada penulis komik tu.Ini antara pesanan beliau kepada aku,Mar:"Khas buat Mar,moga karya ini dapat menjadi petikan inspirasi buat saudari dan semua yang membaca.""Semoga menjadi muslimah hebat dan berjaya di dunia dan akhirat."Hehe...till then,secret unfold,khamis,6-3-2014

HUHUIH....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! IMPIAN JADI KENYATAAN

ASSALAMUALAIKUM....

ceria betul aku malam ni kan...
kenapa mar? kau ada berita gembira ke...?

Erm...enough merepek.Ni semua berpunca daripada petang tadi...
Kita flashback and throwback,right?

Ketika aku dan kawan-kawan aku yang lain sibuk menyiapkan helaian kerja yang botingkek-tingkek ,fon aku berbunyi...
tapi,cuma aku je yang dapat dengar nada nya sebab tengah pakai earfon waktu tu...

"Assalamualaikum,ni Cik Mar ke?"pemanggil memanggil nama penuh aku.
"Ya....erm...boleh saya bantu?"suara aku melayakkan aku untuk apply jawatan sebagai receptionist.
Sambil tu,kaki melangkah ke tempat duduk semula.
"Saya En........Daripada XXX. Tahu tak maknanya apa?"Eh2! En.ni nak main teka- teki dengan aku pula.
Senyuman dah mula terukir di bibir,Otak pula dah mencerna sesuatu maklumat.
"Kenapa En?"
"Cik terpilih untuk menyertai kursus peringkat kebangsaan tu..."

Teruja+Excited+Happy overload=Gila!!!!!

"Wah!!!!!!!!!!!!!!!Biar Betul ni En.?"minta kepastian.Aku menjerit dalam amplitud tertinggi.En. tu sendiri sampai terketawa dengan reaksi aku yang agak over tu.Tapi,siapa tak happy tahap dewa kalau impian jadi kenyataan kan?

"Haha.Ya...Cik terpilih...Tahniah...Jadi,Cik lapang tak pada waktu yang dijadualkan tu?"

Giler tak lapang,memang aku tengah cuti pun."Ya....lapang-lapang.Wah!!!!!!!Bestnya-bestnya!!!!!"
Terima kasih En."ayat ni aku ulang entah berapa kali dengan En. tu.

"Surat dalam proses penghantaran pos sekarang.Jumpa di sana ,ya."
"Ok.Terima kasih En...."ulang ku dengan senyuman tahap ke awangan.

Tamat panggilan,kawan di sebelah yang daripada tadi dok tercenggang tengok gelagat sewel aku,bertanya.

"Mar...apa yang kau dapat sampai kau suka benoh ni?"Dia bertanya dengan riak muka berkerut-kerut,tanda yang dia memang tak faham dengan gaya aku tadi.

Pendek dan senang je jawapan aku.
"Aku menang motor,de..."Hehe,teringat iklan power root dulu tu.

'Pak cik menang motor!'

Pergi surau jap,buat sujud syukur,alhamdulillah...
kerana Dia segalanya menjadi kenyataan.
Allah dah makbulkan doa aku .Alhamdulillah...

Benda ni aku tak bagi tahu sesiapa.Kecuali follower tinta ku ni.Itu pun,aku banyak berahsia kan.
Kalau nak tahu,benda apa,kursus apa yang aku dapat pergi ni...

Nantikan tarikhnya,InsyaAllah,daripada 22-28/3 aku akan ke luar negeri Johor.

Terpilih untuk menyertai satu program dimana pesertanya hanya 30 orang daripada serata Malaysia.

Sesuatu yang agak mustahil,tapi percayalah.

Rezeki karya tahun lepas.Alhamdulillah....

till then,
secret unfold,
3-3-14

isnin

Perkara yang aku tunggu


ASSALAMUALAIKUM,

Haih...hati...kenapa kau berkeluh-kesah ni? Ada apa- pa yang mengganggu kau ke?Tanya aku pada hatiku sendiri....

Monolog sekejap,layankan jelah....

Eh! Hari ni dah 1 haribulan 3 lah! Nampaknya,'benda' tu dah betul-betul dekat dengan aku sekarang ni...Memikirkan 'benda' tu buat jantung aku tiba-tiba dup dap dup dap,terasa macam ada rama-rama kat dalam perut dan macam-macam lagi sindrom kegelisahan jadi pada aku.

Akhir bulan ni,keputusan SPM yang aku dok tunggu selama 3 bulan keluar.ERGH!!!!!!

Serius,wa seriau beb!Entah apa lah yang akan aku peroleh,terus -terang,aku ni bukanlah budak yang pandai tahap Tera fizik,

I'm just an ordinary girl,gagal tu macam makanan aku....
Tapi,bila fikir balik,aku dah berusaha sehabis daya,semampu aku,sekuat usaha,
dan bertitik tolak daripada itu,Insyallah....

Aku pasti boleh..!

Sekarang,masuk mode berserah dan bertawakal,pada Allah jua tempat kita bergantung kan?

Itu baru satu benda yang buat aku tak lena tidur( tak lenalah sangat!Nyenyak je tido kau,mar!)

Aku juga tengah menunggu keputusan daripada satu pihak ni,samada aku terpilih atau tidak untuk menyertai satu kursus.Aku sebenarnya diundang untuk menyertai kursus ni,,( cheh,diundang kan..) tapi,persaingan dia...YA ALLAH!

jumlah peserta yang dia nak cuma 30 orang,dan aku kena bersaing dengan orang-orang serata Malaysia...
GILA!

Semalam,tarikh tutup penyertaan kursus tu,aku? awal-awal lagi dah hantar segala borang yang diperlukan.Doalah semoga pihak tu dapat menyenaraikan aku sebagai antara peserta kursus tu.
Kalau aku terpilih,aku kira antara yang bertuah sebab dapat mengikuti kursus peringkat kebangsaan!
Lagipun,kursus ni bersangkut-paut dengan apa yang aku minat dan hajati. Semoga apabila aku terpilih ke kursus ni,bakat yang aku ada dapat lebih digilap,dipolish discrube,disental!

Sebab,aku percaya dengan satu perkara...

Kalau nak belajar,mesti berguru...

Erm...ada lagi satu benda yang aku tunggu sebenarnya,tunggulah sangat...

Bulan 5.

Ada apa dengan bulan 5? Ya....selain itu bulan lahir aku,ada perkara yang buat aku lebih seriau dengan bulan tu,
Selama ni,bulan 5 tak pernah buat aku resah-gelisah.Selama ni aku makin tak sabar nak cepat-cepat bulan 5 adalah.

Tapi,ni ceritanya...

Setiap bulan,kursus aku akan buat majlis hari jadi buat budak2 kursus,kebetulan,budak kursus aku yang berkongsi bulan lahir dengan aku is a boy.Okey....Itu tak kisah lagi...

Tapi,yang aku cuak,pasti kitaorang akan digandingkan bersama untuk bergambar dan potong kek dan etc.Masalahnya,dak ni cam 'lain'tau.itu yang buat aku resah.

Aku tak pernah ambil gambar berdua dengan mana-mana lelaki,selain abah aku.

Dan,aku tak akan mencemar duli aku untuk bergambar berdua dengan mamat tu.
Tapi,ni bukan sekolah,Mar....:(
Orang apa kisah dengan batas,sedihnya...

Mungkin dia orang tengok aku ni jenis yang huhu haha gitu,tapi tak bermakna aku ni bukan jenis yang tak jaga batas.Minta Maaflah semua,kalau boleh,buatlah majlis untuk bulan 5 nanti combine dengan bulan 7,8,9. Kalau macam tu,aku tak kisah.

Adik aku,huh,bila aku cerita pasal ni pada dia,makin dia takut-takutkan aku adalah.Bertuah punya adik.
(GeRaM)

Bila dibaca balik tinta aku ni,nampak tak macam-macam benda yang menghantui aku,aku jenis yang happy saja...tapi dalam hati tersirat beribu kegelisahan.

Cuaak de......

Itu jelah...kalau aku cerita lagi,entah berapa page terisi kang.Terima kasihlah...
till then,
secret unfold...

sabtu,1/3/2014

Apa hubungan anda

sejujurnya...hati ni masih dirundung kesedihan,memang sukar nak menghadapi kenyataan yang kawan baik,satu geng telah pergi menemui Penciptanya.

Semalam,aku teringat yang dia dan seorang lagi kawan aku ada bagi satu video,sempena hari lahir aku yang ke 17 tahun,tahun lepas...

Kalau dulu,aku boleh tengok sambil gelak2 dan tahan terharu....(Senyum lebar) tapi semalam,memang berjurai-jurai butiran jernih tu keluar tanpa henti daripada tubir mta. Tapi,sepertimana yang kawan aku tu pesan,
"Happy always...Jangan sedih....Jangan lupakan aku..."

Dayah...aku tak akan lupakan kau.Janji!

Enough with that,life must go on.Doakan dia bahagia di sana.
 Ini,berkaitan dengan tajuk tinta aku,hari ni...

Hari ini,aku menjadi saksi macam mana sulitnya perasaan.Cheh...ayat....!
2 orang kawan yang berbeza tapi ada problem dengan perkara yang sama.

CINTA

kawan 1:dia ni memang baik,gaya pun sweet je.Tak pelik kalau lelaki mudah tangkap cintan dengan dia.Sikap dia yang mesra dengan semua orang memang menarik perhatian...
Namun,dalam diam...dia mula minat dengan seorang mamat ni.
Mamat ni...pun stok baik2juga...adalah juga macam lelaki idaman gadis .Lembut (which is not yang Auuu?! tu.)gaya penyayang mungkin?Aku sendiri tak tahu nak describe dia macam mana.

Tanpa disedari,selepas satu kejadian yang berlaku antara mereka,menimbulkan perasaan suka.Untung,tak bertepuk sebelah tangan.

Haru,bila ramai juga yang nak jadi match -maker dia orang.Tapi,aku ni,pengenen (match-maker)official  mereka.

Jujur,kawan aku cakap dengan aku,dia sebenarnya takut ntuk ada apa2 hubungan dengan lelaki lagi,sebab pengalaman lalu.Macam mana dia kecewa dengan insan bergelar lelaki.Macam kata Yuna,
"Lelaki......Tak Guna...."

Tapi,bila dia tengok balik kesungguhan dan keikhlasan hati mamat tadi,dia mula buka hati dia untuk terima lelaki tu.Serius,dia orang memang well together.

Bila kawan aku bahagia,aku pun bahagia...(senyum)

kawan 2: ni cerita dia macam ada konflik sikit.Weh,kalau bab2 perasaan tak ada part triller macam ni,mana syok ,kan?

Dia pun baik,dan dia memang dah ada scandal.Scandal dia kawan aku juga.Selalu sangat dikenenkan,akhirnya melekat.Masing2 suka satu sama lain,tapi prinsip diri mereka yang menahan mereka daripada hubungan yang lebih serius. Si perempuan kata,

"Aku nak belajar dulu sampai ada Ijazah.Lepas dah kerja ,hidup dah stabil,baru fikir pasal benda2 ni."
Si lelaki...
"Selagi aku tak mampu nak sara hidup sendiri,hidup parent .Aku tak bercadang nak ada makwe bagai."

Kepala mereka ni memang sepesen dengan aku.Dan aku anggap mereka agak matang dalam mengatur kehidupan.Ya...Kami ni result SPM pun belum keluar lagi...

Tapi,as I said before...mereka memang padan,scandal kelas kan...

Malangnya,dalam bahagia melayan perasaan,ada pula makhluk yang nak cuba menganggu hubungan dia orang.

Kawan perempuan aku ni berkenalan dengan seorang mamat yang satu kumpulan dengan dia.Ingat minggu usahawan haritu?Waktu tulah..! Bukan berkenalan apa pun...just tahu nama sikit2 je.
Tapi,si lelaki ni dah terpikat dengan gaya kawan aku tadi,dia mula buka salam perkenalan.

Mamat tu minta no.fon kawan aku.Tapi,kawan aku ni tak bagi...dia tolak cara baik.

Tak puas hati,mamat tu hantar wakil pula suruh usyar kawan aku tadi.Dia tension.

Si scandal dia dapat tahu,walaupun dia buat muka macam'aku-tak-kisah-langsung'tapi,dalam hati dia mungkin tengah terbakar kot!Yelah...ada orang nak rampas scandal aku!

si perempuan ni pula,daripada perkiraan aku,jenis yang agak straight.Dia tak faham bahasa hiperbola.Jadi,dia tak tahu macam mana nak menghadap benda ni.

Pakal dapat scandal matang.Kita orang nasihat kawan aku baik2.kau kalau tak minat,jangan pernah layan.Takut dianggap sombong?Tak de maknenya...

Daripada,mamat tu nanti mengharap lebih karang...kan ke haru...

Aku siap back up scandal kawan aku lagi,

"weh,mat ni masa aku offer no kau dia tak nak pun.Katanya,dia nak minta daripada kau sendiri.Itu ,baru gentleman..."Statement aku disokong ramai pihak.

Lepas bukan main panjang kita orang bercerita pasal relationship,kawan,scandal bagai.Kita orang pindah topik lain.Tak nak makin susahkan hati minah tu,(dan juga scandal dia)

Kesimpulan daripada tinta aku hari ini,relationship is complecated.Indeed.Untuk itu,kita kena pandai mengawal dan mengatur.Supaya ia tak jadi beban buat kita.

Aku memang tak pernah ada bf bagai,tapi based on my observation,tambah juga dengan pengalaman aku yang boleh tahn banyak dan sakit pasal hubungan bagai,bolehlah kot kalau aku jadi Dr.Cinta...

Boleh ke...

Selepas habis sekolah,aku tanam azam jangan mudah untuk suka seseorang.Sebab syok sendiri ni sakit.Lagi sakit,kalau orang tu bukan takat tak layan malah tak hadap pun dengan kita.Itu,kenangan aku.Yang aku jadikan panduan,sekarang.

Tapi,bila aku cakap quote yang kat atas tu dengan kawan2,(aku suka bila tengok kawan aku bahagia...)ada seorang kawan aku mencelah,

"kau,bila lagi nak bahagia?"Hehehe...

Kita fokus bina hidup dulu eh,Mar...(tepuk hati sendiri)

till then,

secret unfold...

pemergianmu amat tak diduga,sahabat...

MACAM TAK PERCAYA...

semua berlaku dengan pantas sekali....

waktu aku tengah menjawab exam petang tadi...tiba2 aku terdengar nada dering fon aku berbunyi.
Mula-mula,aku macam tak dengar...tapi,fon aku berbunyi lagi.

Kali ni ,aku angkat.

"Hello,assalamualaikum..."
"Waaalaikumussalam..long...adik cakap ni jangan sedih tau..."kata adik aku dengar suara gusar.
"Kenapa ni?"Kerutan mula muncul di dahi aku.
"Kawan long meninggal tadi...mak kawan adik datang ambil dia di asrama..."
Aku terjerit,air mata dah mula turun daripada tubir mata..

"Kau biar betul ni..."Air mata makin deras mengalir,tanpa aku sedari,esakan aku tu dah menarik perhatian budak-budak kursus yang lain.Masing-masing dah pakat kerumun aku.

"kenapa ni,mar?"Soal seorang kawan aku sambil mengusap belakang aku,cuba menyabarkan aku.

Mereka semua aku tak hiraukan,aku sambung perbualan aku dengan adik aku.

"Terima kasih sebab bagi tahu."Talian dimatikan ementara aku masih tersedu-sedu lagi.

"Mar..cuba cerita apa yang dah jadi?"
"kawan baik aku meninggal...."makin deras air mata ni jatuh.Setitik,setitik...

"Innalillah...Dia sakit ape?"
"tak tahu,dia tak pernah bagi tahu dia sakit ape dengan kawan-kawan dia."

Seorang akak kursus mencelah,"Nah,jangan nangis.Ambil tisu ni..
Bukan setakat tisu yang dihulur,sapu tangan pun dia bagi.
Kawan aku yang lain tanya akak tu,"Kak,ni tisu dengan sapu tangan siapa?"

Entah...akak main ambil je.

Part ni berjaya buat aku gelak...sabo jelah...

Dalam still cam caya tak caya tu,aku terfikir sesuatu...
Mar!contact kawan2 kau yang lain!
Malangnya,aku still belajar. tak ade topup memang isu cliche buatgolongan aku.
'pergi beli topup kat kriss ja lah' otakku berfikir.

selepas beli topup dan tel kawan2 aku,aku terfikir pulak,biar betul apeyang aku dengar ni.
Aku telefon mak arwah pula...

Yang menshahdukan aku,dia letak nickname barat aku yang popular kat sekolah as my contact name.
MARY ANNE

mak dia,mula2 calm je,lepas aku tanya..
"Cik..betul ke apa yang saya dengar,arwah meninggal?
Sebak."Betullah tu..."

Aku ambil keputusan ,balik awal nak pergi menziarah dia.Walaupun aku kurang pasti alamat rumah dia (sebab aku ni duduk hostel...)

Call parent minta tolong dia orang datang ambil,dan bawa aku ke rumah arwah.

Sepanjang perjalanan,aku keep calling my friends,because I'm not so sure about her house.Malangnya,masing2 tak berangkat.Sampai satu tahap,aku cakap dengan mak abah aku..

"Fon dia orang ni,baling masuk lombong jelah! Orang telefon tak angkat!"

Lebih haru,sebab dah fade up dengan kawan-kawan perempuan aku,aku call pula seorang kawan lelaki aku.Yang memang tak pernah dihubungi langsung.Nasib kau pilih budak ni,mar. Daripada seorang lagi tu...
Yang tu,memang sah aku dah tak betul...

Tanya dia alamat rumah arwah.Dia pun tak tahu.HUHU

aku bukan tak tahu langsung rumah dia,cuma rumah dia banyak lorong,takut salah masuk kang....

ya..salah masuk lorong.Pusing2 aku kat area tu,sekali lorong yang lagi satu da....

Turun daripada kereta,aku terus berjalan laju kearah rumah arwah,tanya dulu pak cik yang berkumpul kat depan rumah tu.

"Betul ke ni rumah arwah...?"
"Betullah tu..."

Setibanya aku dalam rumah,aku lihat arwah sedang terbaring ditengah rumah,sambil bacaan tahlil mengiringi pemergiannya.

Ramai kawan2 yang aku jumpa,selepas hampir beberapa bulan tak bertemu.Cikgu2 sekolah pun ramai juga yang datang .

Masa nak dikapankan,ada seorang mak cik ni offer kawan2 dia supaya tolong uruskan dia.Aku dan 2 lagi kawan aku,volunteer. Sekali fon bunyi pula,lagu dah lah...HUHU

Kawan kau yang lain tel.Dia pun macam tak percaya dengan apa yang dikhabarkan.Dia tak dapat datang sebab kerja.Tak pelah kan...

Selesai dikapankan,aku berpeluang mencium dia,buat kali terakhir...

Berseri-seri muka kau,beb.Sekali tengok kau macam tidur...

Sebelum tu,tengah aku berdiri nak ambil giliran nak cium dia,kawan aku yang lain datang peluk daripada belakang dan sembam mukanya di bahu aku.First time aku tengk dia menangis...

"beb,kau janganlah nangis...nanti aku pun nangis gak..."Padahal air mata memang dah brjurai ni...

Aku,kira bertuah sebab dapat tengok dan cium dia.Kawan -kawan aku yang lain ada yang tak dapat nak tengok langsung.

Kemudian,masing-masing ambil tempat intuk sembahyang jenazah.

Aku pula,mencari -cari mak abah aku.Sekali,aku terpandang seseorang yang pernah buat tanda dalam hati aku.Dia diri kat belakang abah aku je pun...

Malangnya,dia nak pandang aku pun tak hadap.AKU PUN TAK KISAH PASAL KAU LANGSUNG!
lagipun,kau tu cuma sejarah aku je.

Lupa nakbagi tahu,aku datang melawat dengan baju kursus aku,mungkin sebab tu dia orang pandang aku tak berkelip.ENTAH...

Baliklah....aku pun minta izin dengan kawan-kawan aku yang lain.Lagipun aku ni gak jauh daripada rumah arwah.Lalu depan dia,dalam kereta,aku perasan yang dia menjeling aku.BIARLaH>>

Semoga kawan aku tu ditempatkan bersama dengan orang yang soleh.Amin...Kenangan dengan kau tak akan aku lupakan,sampai bila2.Sentiasa...

till then,
secret unfold...


Blog Ini Milik Saya 2014