sejujurnya...hati ni masih dirundung kesedihan,memang sukar nak
menghadapi kenyataan yang kawan baik,satu geng telah pergi menemui Penciptanya.
Semalam,aku teringat yang dia dan seorang lagi kawan aku ada bagi
satu video,sempena hari lahir aku yang ke 17 tahun,tahun lepas...
Kalau dulu,aku boleh tengok sambil gelak2 dan tahan
terharu....(Senyum lebar) tapi semalam,memang berjurai-jurai butiran jernih tu
keluar tanpa henti daripada tubir mta. Tapi,sepertimana yang kawan aku tu
pesan,
"Happy always...Jangan sedih....Jangan lupakan aku..."
Dayah...aku tak akan lupakan kau.Janji!
Enough with that,life must go on.Doakan dia bahagia di sana.
Ini,berkaitan dengan tajuk tinta aku,hari ni...
Hari ini,aku menjadi saksi macam mana sulitnya
perasaan.Cheh...ayat....!
2 orang kawan yang berbeza tapi ada problem dengan perkara yang
sama.
CINTA
kawan 1:dia ni memang baik,gaya pun sweet je.Tak pelik kalau
lelaki mudah tangkap cintan dengan dia.Sikap dia yang mesra dengan semua orang
memang menarik perhatian...
Namun,dalam diam...dia mula minat dengan seorang mamat ni.
Mamat ni...pun stok baik2juga...adalah juga macam lelaki idaman
gadis .Lembut (which is not yang Auuu?! tu.)gaya penyayang mungkin?Aku sendiri
tak tahu nak describe dia macam mana.
Tanpa disedari,selepas satu kejadian yang berlaku antara
mereka,menimbulkan perasaan suka.Untung,tak bertepuk sebelah tangan.
Haru,bila ramai juga yang nak jadi match -maker dia orang.Tapi,aku
ni,pengenen (match-maker)official mereka.
Jujur,kawan aku cakap dengan aku,dia sebenarnya takut ntuk ada
apa2 hubungan dengan lelaki lagi,sebab pengalaman lalu.Macam mana dia kecewa
dengan insan bergelar lelaki.Macam kata Yuna,
"Lelaki......Tak Guna...."
Tapi,bila dia tengok balik kesungguhan dan keikhlasan hati mamat
tadi,dia mula buka hati dia untuk terima lelaki tu.Serius,dia orang memang well
together.
Bila kawan aku bahagia,aku pun bahagia...(senyum)
kawan 2: ni cerita dia macam ada konflik sikit.Weh,kalau bab2
perasaan tak ada part triller macam ni,mana syok ,kan?
Dia pun baik,dan dia memang dah ada scandal.Scandal dia kawan aku
juga.Selalu sangat dikenenkan,akhirnya melekat.Masing2 suka satu sama lain,tapi
prinsip diri mereka yang menahan mereka daripada hubungan yang lebih serius. Si
perempuan kata,
"Aku nak belajar dulu sampai ada Ijazah.Lepas dah kerja
,hidup dah stabil,baru fikir pasal benda2 ni."
Si lelaki...
"Selagi aku tak mampu nak sara hidup sendiri,hidup parent
.Aku tak bercadang nak ada makwe bagai."
Kepala mereka ni memang sepesen dengan aku.Dan aku anggap mereka
agak matang dalam mengatur kehidupan.Ya...Kami ni result SPM pun belum keluar
lagi...
Tapi,as I said before...mereka memang padan,scandal kelas kan...
Malangnya,dalam bahagia melayan perasaan,ada pula makhluk yang nak
cuba menganggu hubungan dia orang.
Kawan perempuan aku ni berkenalan dengan seorang mamat yang satu
kumpulan dengan dia.Ingat minggu usahawan haritu?Waktu tulah..! Bukan
berkenalan apa pun...just tahu nama sikit2 je.
Tapi,si lelaki ni dah terpikat dengan gaya kawan aku tadi,dia mula
buka salam perkenalan.
Mamat tu minta no.fon kawan aku.Tapi,kawan aku ni tak bagi...dia
tolak cara baik.
Tak puas hati,mamat tu hantar wakil pula suruh usyar kawan aku
tadi.Dia tension.
Si scandal dia dapat tahu,walaupun dia buat muka
macam'aku-tak-kisah-langsung'tapi,dalam hati dia mungkin tengah terbakar
kot!Yelah...ada orang nak rampas scandal aku!
si perempuan ni pula,daripada perkiraan aku,jenis yang agak
straight.Dia tak faham bahasa hiperbola.Jadi,dia tak tahu macam mana nak
menghadap benda ni.
Pakal dapat scandal matang.Kita orang nasihat kawan aku baik2.kau
kalau tak minat,jangan pernah layan.Takut dianggap sombong?Tak de maknenya...
Daripada,mamat tu nanti mengharap lebih karang...kan ke haru...
Aku siap back up scandal kawan aku lagi,
"weh,mat ni masa aku offer no kau dia tak nak pun.Katanya,dia
nak minta daripada kau sendiri.Itu ,baru gentleman..."Statement aku
disokong ramai pihak.
Lepas bukan main panjang kita orang bercerita pasal
relationship,kawan,scandal bagai.Kita orang pindah topik lain.Tak nak makin
susahkan hati minah tu,(dan juga scandal dia)
Kesimpulan daripada tinta aku hari ini,relationship is
complecated.Indeed.Untuk itu,kita kena pandai mengawal dan mengatur.Supaya ia
tak jadi beban buat kita.
Aku memang tak pernah ada bf bagai,tapi based on my
observation,tambah juga dengan pengalaman aku yang boleh tahn banyak dan sakit
pasal hubungan bagai,bolehlah kot kalau aku jadi Dr.Cinta...
Boleh ke...
Selepas habis sekolah,aku tanam azam jangan mudah untuk suka
seseorang.Sebab syok sendiri ni sakit.Lagi sakit,kalau orang tu bukan takat tak
layan malah tak hadap pun dengan kita.Itu,kenangan aku.Yang aku jadikan
panduan,sekarang.
Tapi,bila aku cakap quote yang kat atas tu dengan kawan2,(aku suka
bila tengok kawan aku bahagia...)ada seorang kawan aku mencelah,
"kau,bila lagi nak bahagia?"Hehehe...
Kita fokus bina hidup dulu eh,Mar...(tepuk hati sendiri)
till then,
secret unfold...
No comments:
Post a Comment