Assalamualaikum....
Hah!jawab,jangan tak jawab!
Hari ini,aku telah melakukan satu perkara yang ketika dahulu
sering aku lakukan,
apakah ia?
Jeng(3x) bunyi sikit....
Aku berniaga dari satu kelas ke satu kelas. (Ek,eleh....ingatkan
ape yang gempak sangat tadi...)
Ok...memang cerita aku ni tak gempak mane tapi,ia mengigatkan aku
pada kenangan sewaktu alam persekolahan,terutamanya ketika bergelar Lagenda
Budak Hostel...
Tolong kawan aku,cik As berniaga kerepek ,merantau daripada satu
prep ke prep yang lain,dorm ke dorm lain.Tidak pun,kami buat jualan langsung di
surau aspuri.
Alhamdulillah...jualan selalunya laku.Tambahan pula,dengan status
aku sebagai budak senior dan agak dikenali di asrama,memudahkan urusan
perniagaan aku.
Itu semua ,kenangan...
Hari ni,ada seorang akak kursus aku minta tolong jualkan barang
dia.Berbekalkan pengalaman yang ada,aku offer diri menolong.
Masuk kelas yang majoritinya perempuan,aku tak berapa kisah
sangat...ok...
Masuk kelas yang majoritinya lelaki,ni aku cuak sikit.
Tapi...bukan Mar kalau aku takut !*penuh keyakinan
Alhamdulillah...walaupun tak berapa nak laku di situ,(sebab kelas
tu memang terkenal dengan sikap berkira nya)aku dapatlah tambah lagi keyakinan
aku di depan khalayak.
Malangnya...aku tak dapat apa2 pun daripada hasil jualan
tadi,Faham yang jualannya tu bukannya banyak sangat,tapi,ia membuatkan aku
terfikir akan satu perkara:
'Mar,kau tu asyik tolong orang berniaga je,bila kau pula yang
nak berniaga?Tak kan kau cuma nak harapkan komisen yang setakat berapa puluh
sen tu je kot?'
Aku akan fikirkan perkara ni,betul juga...Tak kan aku cuma nak
menolong orang dan hanya jadi pemerhati keuntungan orang.Bukan nak kata yang
aku ni tamak atau mata duitan,tak!
Tapi...
Kan Rasuluah sendiri dah cakap,pintu rezeki kat dunia ni adalah
melalui perniagaan.Walau sekecil atau sebesar mana perniagaan tu,pasti ia akan
membawa pulangan yang berbaloi buat peniaganya...
Dan pastinya,bila nak berniaga ni,kena tahu selok- belok dan
tektik dalam bidang tu.Tu,penting bagi mengelakkan aku daripada ditipu atau
mengalami kerugian yang banyak.
Amacam,Mar?Ready?....
till then,
secret unfold
11-3,selasa
p/s:esok aku akan memanjat gunung,first time baby!
No comments:
Post a Comment